Coretan saya,
Memandangkan bulan ni ramai lepasan SPM akan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma , aku nak share sikit apa yang aku dapat perhati .
Apa yang aku nampak dari FB / Twitter , siapa yang dapat Poli tu mesti merungut .
" dapat poli jee "
" kenapa keputusan dapat banyak A boleh dapat poli je? "
" eh, kau konfem nak masuk poli ke? nnt nak sambung degree susah tau "
Dan banyak lagi rungutan dari junior2 ni .
Kenapa eh? Kurang bijak sangat ke student Poli? Kenapa perlu pandang rendah dkt Poli?
Meh sini aku nk bagi tau kelebihan Poli yang aku tau.
1) Yuran Poli laa yuran IPT yang paling murah . Yuran pengajian RM200 je setiap sem . Yuran koperasi pulak depend kpd Poli mana . Paling maksima pon RM150 . So, satu sem just RM350 !
2) Kalau exam senang nak lulus . Sebab 50% dari penilaian berterusan macam kuiz , test , tutorial ,assignment dan lagi 50% diambil dari markah final exam . Agak senang nak score berbanding Uni. Tu pon kalau korang study . Diulangi kalau study !
3) Siapa kata student Poli susah dapat kerja? Kajian yang dijalankan mendapati 76% graduan Poli laris dan cepat laku di pasaran kerja . (Rujuk akhbar Harian Metro , Sabtu 26 Disember 2013)
4) Student Poli akan ada Latihan Industri selama 1 sem yang mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar . Untung kalau korang baik dengan company boleh dapat kerja dengan diorang bila dah habis belajar .
Dan banyaakk lagi ~
Memanglah , dulu aku pon macam tu jugak . Tak letak pon Poli sbg pilihan utama . Otak dah set awal2 nk masuk Uni. sbb result aku pon boleh dikatakan gempak jugaklah . Banyak jugak A nye .
Tp , apalah sangat dengan universiti tu . Jangan hanya pada nama dan taraf sesebuah institusi sahaja . Apa guna kalau belajarnya kelaut . Berfikiran masuk gaung . #Oppsss
Politeknik juga kini berdiri sama tinggi , duduk sama dengan rendah dengan IPT lain . Ingat, sekiranya kita berada di Universiti Awam , tetapi gagal membina jati diri yang baik , apakah itu satu kejayaan bagi diri kita?
Apakah Universiti Awam yang lain menjamin kejayaan 100%? Jawapannya tidak. Begitu juga Politeknik, yang tidak menjanjikan kejayaan 100%, tetapi telah membuktikan kita mampu dengan kelarisan graduan Politeknik di pasaran melebihi IPT yang lain.
Politeknik pembekal graduan berasaskan TVET no. 1 di Malaysia ! Oleh itu, usahlah berasa rendah diri , kerana itu hanya akan menjejaskan mentaliti anda.
Belajar kat mana2 sama je sebenarnya . Nak dengan tak nak je . Nak berjaya belajarlaa betul2 .
Sekian. Kalau ada info yang salah , silalah perbetulkan dengan cara berhemah .
Thank u !
Firdaus Warni at 16:40 , 14 Jun 2014 .
.
.
.
dapat coretan ney dari facebook..kopipasta...saja suka share sbb apa yg dy ckp mmang btul....bljaq kat mna2 pon sma ja...masa mula2 aq dapat tawaran smbung bljar mmang konfius nak pilih yang mana..sbb dapat 3 twran skligus..alhamdulillah..rezeki aq masa 2...matrik pendang, uthm n poli shah alam,....matrik sah2 la aq tolak sbb rasa xmampu nak bljaq dlam masak sthun..aq bkn pandai ngat pon..otak pon skllu tepu ja...hehe...uthm n poli shah alam dapt kos yang sama, diploma kejuruteraan awam..teringin sngat nak msuk U..dan smapi sekarang aq teringin smbung bljaq kat U...tapi aq xnak la bbankan mak bapak aq..kos masuk uthm masa 2 mhal sngat bg aq berbanding poli...then aq pilih poli jew la....sbb utama kos yang murah....sma ja mna2 bljar pon usaha yang membezakan kita..insya allah kalau ada rezeki aq nak smbung belajaq..dgn dwet sniri...sbb 2 la aq kna keja dulu..gain experience byak2 sambil cari dwet...hehe